KUALA LUMPUR: Warga pendidik memainkan penting bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan generasi muda, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata guru adalah agen dalam usaha menerapkan semangat perpaduan kepada anak muda, bermula di bangku sekolah.
"Guru adalah agen perpaduan ... kita boleh lihat bagaimana guru menyampaikan hasrat, impian dan tekad bagaimana perpaduan patut dilaksanakan di sekolah," katanya pada majlis pelancaran program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023 di Dewan Kompleks Seri Bintang, di sini hari ini.
Program itu diadakan untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara dalam diri murid sekolah dan menjadikannya sebahagian daripada sikap dan tingkah laku mereka bagi mengukuhkan semangat jati diri serta semangat cintakan negara.
Selain itu, Fadhlina berkata Kelab Rukun Negara akan diperluaskan di semua sekolah termasuk sekolah swasta bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
"Kelab ini akan menjadi peneraju perpaduan di sekolah-sekolah... Kita akan buat perluasan. Makluman akan diberikan dari semasa ke semasa. Ia bertujuan memastikan program perpaduan berjalan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan Negara," katanya.
Pada masa ini, terdapat 6,849 Kelab Rukun Negara di seluruh negara.
Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang yang turut hadir pada program tersebut berkata kabinet telah meluluskan sebuah memorandum agar Rukun Negara dilafazkan secara penuh, bermula dengan mukhadimah sebelum disusuli dengan lima prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.
"Cita-cita kita untuk Rukun Negara dilafaz dengan penuh dimulakan dengan cita-cita atau mukhadimah sebelum dicakan lima prinsip Rukun Negara.
"...Itu yang kita nak kerana penghayatannya amat penting. Kalau kita baca prinsip sahaja, mungkin it's a bit sketchy," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
Fadhlina (kiri) pada sidang media selepas majlis pelancaran program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023 di Dewan Kompleks Seri Bintang, di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ribuan warga Paris berhimpun, bantah kekejaman Zionis
Di Paris, ribuan penunjuk perasaan berkumpul pada petang Isnin untuk membantah serangan terkutuk tentera Israel di Gaza.
Protes tersebut memaksa pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Protes tersebut memaksa pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Ratusan warga New York berhimpun, protes tindakan Israel
Ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin pada Isnin berarak dalam keadaan hujan di New York City, menyuarakan kemarahan selepas serangan udara Israel mencetuskan kebakaran yang mengorbankan 45 orang di kem khemah di bandar Rafah di Gaza.
Selepas berarak di sepanjang bandar, kesemua mereka berkumpul di bawah payung mereka di Taman Zuccotti dan melaungkan, "Penentangan adalah wajar apabila rakyat dijajah."
Selepas berarak di sepanjang bandar, kesemua mereka berkumpul di bawah payung mereka di Taman Zuccotti dan melaungkan, "Penentangan adalah wajar apabila rakyat dijajah."
Rakyat Tunisia berhimpun, bantah kekejaman rejim Israel
Ratusan rakyat Tunisia di Tunis pada Isnin mengutuk serangan Israel ke atas Rafah yang telah membunuh 45 rakyat Palestin dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.
Israel tidak tahu malu
Serangan rejim Zionis ke atas Rafah pada Ahad lalu jelas menunjukkan kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu ingkar keputusan Mahkamah Dunia.
Menurut pemimpin kanan Hamas, Osama Hamdan, dakwaan yang dibuat rejim terkutuk itu mengenai lelaki bersenjata yang kononnya berada di lokasi serangan di Rafah adalah 'tidak tahu malu'.
Menurut pemimpin kanan Hamas, Osama Hamdan, dakwaan yang dibuat rejim terkutuk itu mengenai lelaki bersenjata yang kononnya berada di lokasi serangan di Rafah adalah 'tidak tahu malu'.
Setiausaha Agung PBB kecam serangan Israel di Rafah
Guterres berkata, tiada tempat yang selamat di Gaza dan insiden ngeri ini mesti dihentikan segera.
EU kecam Israel langgar keputusan ICJ
Ketua dasar luar blok Kesatuan Eropah (EU), Joseph Borrell Borrell mengecam keras Israel yang bertindak meneruskan serangan ketenteraan di selatan Gaza walaupun keputusan mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah pun dikeluarkan.
Setiausaha Agung PBB kecam serangan Israel di Rafah
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk pengeboman Israel ke atas kem pemindahan Rafah.
[TERKINI] Serangan ke atas Rafah satu kesilapan tak diduga - Netanyahu
Tersilap.... Itu yang diakui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu selepas rejim Zionis melakukan serangan udara di Rafah, selatan Gaza yang mengorbankan puluhan nyawa rakyat Palestin.
'Serangan ke atas Rafah satu kesilapan tragis' - Netanyahu
Netanyahu berkata serangan itu tidak bertujuan untuk menyebabkan kematian terhadap orang awam dan perkara itu akan disiasat.
NATO tetap komited elak pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tetap komited untuk mengelakkan pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine dan ini kekal sebagai matlamat utama.
Buku Yasmin dan Adam dilancarkan, tumpu anak autisme - Fadhlina
Buku cerita dan ilustrasi Yasmin dan Adam dilancar dengan menumpukan kepada pengenalan sifat keunikan dan keistimewaan kanak-kanak autisme.
Isu perkataan kafir, Pesuruhjaya Pas Perak dipanggil bantu siasatan
Razman menjelaskan beliau diambil keterangan selepas dipanggil pihak polis susulan laporan dibuat Setiausaha Politik Menteri Pendidikan.
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
Pemerkasaan bahasa Melayu, Inggeris perlu seiring - Fadhlina
Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.